Why ARBA Sanctioned Show/Kenapa Pertandingan Iktiraf ARBA?

What is every Show breeder chasing after? They want to “GRAND” their rabbits. Meaning to say, they want to obtain a Grand Champion title/certificate for each of their rabbits. In order to obtain a Grand Champion certificate/title, a rabbit must first obtain 3 Grand Champion Legs in the form of a paper slip that looks like this.

Where can the rabbit obtain this GC Leg slip? ONLY at ARBA Sanctioned Shows that is.

How do you know for sure if the show is ARBA Sanctioned?

1. Check http://arba.net/Shows.htm website and look for the show in your area. This is the first check to know if the show is legitimate.

2. Ask the organizer for a Show Sanction Number. Every ARBA Sanctioned show comes with a Sanction Number.

So for those of you that came to me and ask if the show is ON, this is how you can check if it is really ON.

—————————————————————————————————————————

Salam sejahtera kepada semua kawan2 dalam hobi arnab hias baka ARBA. Satu soalan yang ingin saya kemukakan kepada saudara serta saudari. Apakah yang anda impikan sebagai seorang pengiat hobi arnab hias? Jawapannya adalah untuk arnab anda digelar Juara. Untuk menjadi Juara, arnab pedigree anda mesti mendapatkan 3 Sijil Juara ARBA ataupun digelar Grand Champion legs dibawah 2 juri yang berlainan. Sekurang-kurangnya salah satu daripada 3 sijil tersebut mesti dianugerahkan semasa arnab tersebut mencecah umur 6 bulan keatas ataupun senior. Bagaimana rupanya Sijil Juara tersebut? – Sila ikuti link ini. Ia adalah sekeping slip biru yang mencatatkan nama dan tempat pertandingan. Slip ini hanya akan dianugerahkan kepada arnab tempat pertama kategori dan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 3 para peserta dan sekurang-kurangnya 5 ekor arnab di dalam kategori yang sama.

Dan dimanakah Sijil Juara ini dianugerahkan? Jawapannya adalah mana-mana Pertandingan yang Diiktiraf ARBA. Bukan senang untuk mendapatkan pengiktirafan untuk pertandingan. Pertandingan tersebut mesti di anjurkan oleh sebuah kelab yang telah diberi pengiktirafan ARBA (ARBA Charter).

Bagaimanakah anda boleh mengesahkan bahawa pertandingan adalah yang sah dan diiktiraf ARBA?

1. Semua pertandingan berdaftar dapat disahkan di http://arba.net/Shows.htm.

2. Satu lagi cara pengesahan adalah meminta para penganjur supaya mengemukakan Nombor Pengiktirafan ARBA. Setiap pertandingan ARBA diberi nombor pengiktirafan.

Bagi rakan-rakan yang tanya saya mengenai Show yang telah dibatalkan adakah pertandingan masih dianjurkan, jawapannya, yang telah dibatalkan tetap dibatalkan. Kenapa dibatalkan?

1. Kurang hangat sambutannya

2. Si sponsor kata ada masalah kewangan

3. Kelab yang menganjur belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Yang ini paling bahaya. Jikalau pertubuhan menganjurkan pertandingan sebelum mendapatkan kelulusan Jabatan, semua ahli protem boleh didakwa di mahkamah dibawah “pertubuhan tidak sah”. Jangan2 arnab pulak perli kita yang dalam sangkar penjara.

Bagi pertandingan baru, saya juga kurang pasti sehinggalah semua maklumat yang sah dikemukakan. Jadi, silalah tanya Superintendent (Ketua Pertandingan) ataupun Show Secretary (Setiausaha Pertandingan) yang tersayang.

Semoga semua bergembira pada hari Pertandingan (jikalau sah)….

Advertisement

Leave a comment

Filed under Rabbit Show

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.