Burung Gagak Dua…

Hampa…

Inilah perasaan Tim pada saat ini. Penuh kehampaan. Di masa kehampaan ini juga, saya teringat sebuah lagu yang tidak asing lagi. Lagunya seperti berikut…

Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua

Lechum Lechum Lechum 
Mu la la
Lechum Lechum Lechum 
Mu la la
Lechum Lechum Lechum
Mu la la
Burung Kakak Tua.

Tolong jangan salahkan Tim ye kalau I terlanjur kata dicatatan blog ini. Kenapa di masa yang terlampau hampa ini saya masih boleh ingat lagu Burung Kakak Tua? Kerana dalam ingatan Tim, Burung Kakak Tua ini pandai meniru manusia bercakap. Akan tetapi, I rasa Burung Kakak Tua ini tidak faham langsung apa yang dikatakannya.

Itulah perangai segolongan besar peminat2 arnab hias di tanahair tercinta I ini. Memang pandai meniru cara percakapan dan mengikut trend. Setiap kali saya menayang gambar arnab comel, semua sudah tahu menahu bertanya, “Yang Ni Pedigree Ke?”. Tim nak tanya, betul2 tahu tak apa itu Pedigree dan kenapa Pedigree?

Maklumlah, ada Pedigree dan Tattoo ni boleh jual lebih mahal….BOHONG!

Renung sekejap…..KUALITI bukan KUANTITI brader……Sekali lagi kita kembali ke Standard Of Perfection (dah bosan ni nak di ulang lagi macam tak habis2)….Tak pe, kita belajar slow slow skit……….

Kenapa seekor arnab dijual RM 150 lepas itu yang lain RM 500? Arnab RM 150 kalau ada pedigree terus naik harga ke RM 500 macam upgrade KAP CHAI ke SUPER BIKE….BOHONG!

Walaupun arnab impot pun ada beza KUALITINYA! Tolong jangan lupa kata2 hikmat ini boleh tolong supaya duit tidak senang berlari dari dompet….

Saya pun sudah bosan nak menaip panjang lebar ni – sila rujuk kepada catatan yang sudah lampau ini – https://truluvrabbitry.com/2010/11/19/the-reason-behind-the-tattoo/. Kalau perlu, silalah rujuk kepada kamus ye.

Akan tetapi jari2 I rasa gatal sikit. Mari, saya tolong taipkan sebanyak mungkin.

Fungsi tattoo ini bukannya untuk mendapatkan lebih duit. Malah seperti KAD PENGENALAN dalam dompet mu sayang….

Kenapa warganegara ini diberi nombor unik? Kerana semua orang ini kan spasial? Ia digelar KAD PENGENALAN. Jom kita buangkan perkataan KAD ia menjadi PENGENALAN! BINGO, itu lah fungsi TATTOO!

Ia dijadikan pengenalan untuk si ARNAB. Kalau ikut ARBA, nak masuk pertandingan ataupun nak didaftar arnab itu, kena ada PEDIGREE dan TATTOO. Pedigree untuk menyatakan arnab itu adalah TULEN kerana PEDIGREE (surat beranak) mencatitkan salahsilah keluarga 3 generasi. Untuk seekor arnab digelar PURE BREED (baka tulen), ia semestinya seekor arnab yang telah dibiak dengan 3 generasi BAKA YANG SAMA. Kalau tetiba kawan2 nampak seekor Netherland Dwarf dicatatkan di dalam PEDIGREE Holland Lop di peringkat generasi ke-3, malah arnab you itu bukan tulen. Semua arnab yang dicatitkan dalam seluruh PEDIGREE 3 generasi mestilah terdiri daripada baka arnab yang sama. Faham tak? Muka macam tak faham saja.

Tak pe, kalau tak puas atau tak faham boleh email President atau Officer ARBA. Kan lebih baik percaya sama itu Mat Salleh? Orang Malaysia sendiri ini memang merepek bukan2 dan mengarut semata2. Memang Tim ni tukang karut sampai dapat liputan suratkhabar2 dan televisyen. Ataupun orang Malaysian sendiri ini taip dalam Bahasa Mat Salleh standard tak cukup tinggi susah nak difahami…

Kenapa Si Tim ini tattoo dan bagi pedigree/sijil beranak untuk semua arnabnya? Senang je nak jawab soalan itu. Kerana Si Tim ni nak jaga ketulenan arnab2 yang terlepas dari jari genggaman Tim. Kan arnab hias impot ini semakin popular? Dan nak mula dengan permulaan yang baik supaya dapat jejaki baka yang diimpot. Yang ni tak faham tak pe kerana bukan semua diwajibkan ikut jejak Si Tim ni.

Lebih baik jangan hinggap di atas jendela cuba nak jadi burung kakak tua. Nanti jatuh beb…….

Advertisement

3 Comments

Filed under Community Service

3 responses to “Burung Gagak Dua…

  1. muzapar hj baba

    Mr Tim, boleh tak more specific sket utk explain kat saya ttg PEDIGREE and NON-PEDIGREE.. Saya skrg ader jenis Teddy Bear..

    • Pada masa ini ada 2 organisasi terbesar yang mengeluarkan standard arnab iaitu ARBA (USA – http://www.ARBA.net) dan BRC (UK – http://www.thebrc.org/standards.htm). Kalau En. Muzapar merujuk kepada laman web kedua2 organisasi ini, you tak akan jumpa baka Teddy Bear. Maksudnya baka Teddy Bear ini tidak wujud dalam senarai baka yang diiktiraf oleh kedua2 organisasi ini. Di mana datangnya teddy bear, saya tidak tahu langsung. Akan tetapi, mungkin di masa hadapan ada organisasi arnab yang mengiktirafkan baka ini.

      Jikalau baka itu diiktiraf, maka kita boleh berbincang pada peringkat yang lebih tinggi iaitu ketulenan baka. Non-pedigree bermaksud arnab yang bercampur baka atau yang tidak diiktiraf oleh mana2 organisasi arnab besar.

      PEDIGREE – bermaksud dokumen yang mencatatkan salahsilah keluarga seekor arnab. Untuk menyatakan ketulenan baka arnab tersebut. Sila rujuk kepada yang berikut:-

      1) https://truluvrabbitry.com/2011/05/04/apakah-itu-breed-standard/
      2) https://truluvrabbitry.com/2008/04/30/f1-f2-f3-f4-hybrid-purebred/
      3) https://truluvrabbitry.com/2008/07/15/the-history-of-holland-lop/

      Pada zaman silam, ada tertulis sejarah Holland Lop datang daripada Netherland Dwarf dan French Lop/English Lop. Bila dua baka dikacukan, ia digelar HYBRID. Pabila Hybrid terus dikacuk balik dengan salah satu daripada baka yang digunakan untuk pada peringkat awal, ciri2 akan semakin mengikut baka tersebut. Dan pabila documen/sijil beranak dipenuhi dengan satu jenis baka untuk setiap induk, maka terjadilah Purebreed.

      Harap apa yang tertulis senang difahami.

  2. En Tim… Penulisan anda sungguh menarik tertarik tareq membaca nya.. sila teruskan usaha anda, cuma saya cadangkan, mungkin perlu ditambahkn gambar tatu, sijil beranak etc, supya pembaca yang ada masalah pemahaman boleh faham ya… selamat maju jaya dan teruskan usaha… ^.^

    p/s: si tim tu siapa? timberland ke? hahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.