Category Archives: Rabbit Education

Reasons To Join ARBA (Tujuan Menjadi Ahli ARBA)

“What’s the reason we should join ARBA?”

This question totally caught me off guard and dumbfounded. I have been a member for so long, it did not dawn on me that I have totally lost the objective of joining this renown association. It has been such a norm for me to just renew my membership every year for the past few years.

It really serves as a reminder for me why I joined ARBA. Besides from being apart of the rabbit community at large here are 2 main reasons why I see people should join ARBA:-

1. Collecting Grand Champion Certificates

It all starts with Showing Rabbits. If a rabbit is to be registered by a registrar on behalf of ARBA, the owner must first be an active ARBA member. Without being a member, the rabbit in question has no owner to register against and therefore ARBA will not be able to track who is the owner of the rabbit. In short, in order to obtain the Grand Champion certificate, the owner must first be an active ARBA member and the rabbit must be registered and have obtained 3 GC legs.

2. Helping a club get ARBA Charter

In order for a rabbit club to obtain ARBA Charter, it must consist of a board of directors that are also ARBA members. So if you are interested to help get a local club/association obtain ARBA Charter, join as an ARBA member and volunteer yourself as one of the directors on the board. One of the main reasons why you would want to get a club or association chartered is because only ARBA Chartered club is allowed to purchase show sanctions.

Some of the myth that has been spreading here in Malaysia regarding ARBA membership:

Myth #1 – In order to issue pedigree, one must be an ARBA member – BULLSHIT. Anyone with high integrity can issue accurate pedigree.

Myth #2 – In order to tattoo rabbit, one must be an ARBA member – BULLSHIT. Just get a tattoo kit and start identifying your rabbits!

——————————————————————————————————————

Ada yang tertanya, “Apakah tujuan menjadi Ahli ARBA?” dan berikut adalah penjelasan berdasarkan apa yang saya fahami.

1. Mengumpul Sijil Juara

ARBA akan mengeluarkan sijil juara ataupun Grand Champion certificate kepada arnab yang berjaya mendapat 3 keping slip Grand Champion Legs dibawah sekurang-kurangnya 2 pengadil yang berlainan. Akan tetapi, arnab tersebut semestinya didaftar oleh “registrar” supaya sijil juara dapat dikeluarkan berdasarkan maklumat keahlian pemilik arnab tersebut. Maka di dalam rekod ARBA, arnab Grand Champion itu adalah milik tuan punya. Oleh sebab itu, pemilik arnab yang berjaya mendapatkan 3 GC legs, semestinya menjadi ahli supaya sijil juara dapat dikeluarkan.

2. Menolong kelab/persatuan mendapat pengiktirafan ARBA

Untuk sebuah kelab untuk menganjurkan pertandingan yang diiktiraf (sanction) oleh ARBA, kelab/persatuan tersebut wajib mempunyai AJK yang terdiri daripada ahli ARBA.

Berikut adalah cerita2 dongeng dan mitos yang telah memperdaya ramai pemilik/penternak arnab:-

Mitos #1: Untuk mengeluarkan pedigree/surat beranak, pemilik/penternak mesti menjadi ahli ARBA – TIDAK BENAR. Sesiapa yang jujur dan ikhlas boleh mengeluarkan pedigree/surat beranak tanpa meminta izin ARBA.

Mitos #2: Untuk tattoo arnab, pemilik/penternak mesti menjadi ahli ARBA – TIDAK BENAR. Para pemilik boleh meletakkan tattoo di atas arnab mereka dengan mengunakan set tattoo tanpa meminta izin ARBA.

Ini dia karut arnab untuk malam ini. Semoga gembira membaca. Njoi…..

Leave a comment

Filed under Bunny Business, Rabbit Education, Rabbit Show

Apakah itu Breed Standard?

Hari ini, Tim nak bertulis pasal breed standard. Tujuannya adalah untuk membimbing rakan2 yang baru sahaja mendapat demam panas Show Rabbit ni. I rasa tidak puas hati kerana ramai yang tidak dapat mencengkam maksud sebenar bahasa dunia Arnab hias.

Setahu kawan2 sekalian, American Rabbit Breeders Association ataupun ARBA secara singkat adalah sebuah pertubuhan yang menjalankan tugas pentadbiran bagi semua urusan berkenaan dengan arnab dan tikus belanda (guinea pig). Di Amerika Syarikat terdapat banyak kelab2 di peringkat daerah dan juga negeri adalah dibawah naugan ARBA.

Apakah tugas-tugas ARBA sebenarnya yang paling penting untuk pengiat industri arnab?

Salah satu tugas ARBA yang paling penting dalam pendapat saya adalah penerbitan, pengiktirafan dan penjagaan Standard of Perfection ataupun Breed Standard. Apakah itu Breed Standard?

Untuk menjawab soalan di atas, I ada satu soalan bagi rakan2 sekalian. Kenapa ramai yang tertarik kepada Holland Lop, Netherland Dwarf dan baka2 yang lain? Apakah disebalik Holland Lop yang membuatnya Holland Lop selain daripada ciri2 biasa yang kita nampak pada seekor arnab Holland Lop?

Jawapannya senang, untuk menjadi seekor Holland Lop yang cantik, ia mesti mempunyai semua ciri2 yang telah dibentangkan di dalam Standard Of Perfection. Standard Of Perfection adalah dokumen yang ringkas lagi tepat yang menjelaskan setiap ciri2 yang perlu ada pada seekor Holland Lop. Misalnya dokumen ini membentangkan specifikasi arnab Holland Lop seperti dokumen yang datang bersama dengan mesin basuh baju yang you beli di kedai elektrik. Misalnya panduan mesin basuh menjelaskan berapa voltan yang diperlukan dan seperti panduan mesin basuh, Standard Of Perfection adalah panduan untuk semua 47 baka yang diiktiraf ARBA buat masa ini.

Saya mendapat ramai yang bertanya mengenai kualiti arnab Holland Lop. Kerana di pasaran ramai yang mengunakan perkataan2 yang “dalam” bagi mereka yang baru2 saja mengikuti demam denggi Arnab hias. Ramai yang turut ikut mengunakan istilah2 tanpa tahu-menahu maksud sebenarnya.

Ramai yang tahu 3 istilah yang paling terkenal di Malaysia sekarang – Pet Quality, Brood Quality dan Show Quality. Adakah you salah seorang yang terperangkap dalam istilah2 ini tanpa tahu maksud sebenarnya?

Dalam Breed Standard Holland Lop, salah satu daripada ciri yang telah dibentangkan adalah KEPALA. Ia telah dijelaskan dengan tepat bagaimana rupa bentuk KEPALA Holland Lop yang sepatutnya dan macam mana ia dinilai.

Dalam Bahasa English ia berkata:

HEAD-Points 24: The head is to be massive in appearance. When viewed from the front, the head is to have good width, beginning at the front of the crown and rounding down between the eyes to an extremely short and well filled muzzle. The cheeks should be full and round. The head is to be set high and close to the shoulders. The size of the head is to be in proportion to the body. The eyes should be bold and deep set.

Faults – Pinched muzzle, flat cheeks; narrowness between the eyes. Fault severely for narrow or long head, or head too small to balance with body.

Secara singkat, untuk KEPALA Holland Lop sahaja, penilai akan memberi 24 markah. Dijelaskan di sini bahawa kepala si Holland Lop mesti nampak BESAR. Jurang antara dua mata mestilah sebesar mungkin untuk mencapai kelihatan kepala yang BESAR.

Standard of Perfection bukan sahaja menjelaskan apa yang dikehendaki malah juga ciri2 yang tidak diingini. Istilah  FAULTS tidak bermaksud bahawa arnab itu kalah bertanding akan tetapi, hilang markah sahaja.

Istilah DISQUALIFIED ataupun DQ bermaksud arnab kalah bertanding terus tanpa penilaian. Ada sesetengah arnab diDQ kerana terdapat warna kuku yang tidak sepadan dengan warna arnab e.g. arnab warna solid berkuku putih.

Kenapa si Tim ni tulis pasal semua ini dan apakah perhubungannya dengan Pet, Brood dan Show Quality?

Terdapat banyak perhubungannya dan saya ingin menjelaskan supaya semua yang terkena dengan demam Arnab hias ni tidak ditipu semasa membeli arnab2 tersayang yang makin hari makin mahal digoreng harga pasarannya.

Pet Quality boleh dikatakan arnab yang tidak boleh dipamerkan ataupun yang terdapat terlalu banyak FAULTS ataupun yang telah DQ.

Brood Quality adalah arnab yang mempunyai faults tapi ada ciri2 yang boleh digunakan untuk generasi seterusnya. Brood adalah arnab pembiak yang boleh digunakan untuk mendapatkan arnab Show Quality. Lebih hampir mutu brood kepada show quality lebih baik untuk dijadikan induk.

Show Quality tidak perlu dijelaskan. Arnab2 ini mungkin ada faults tapi bila dinilai dan dipertandingkan, mungkin menang juga jika arnab lawan terdapat lebih faults nya dan hilang lebih banyak markah. Show Quality adalah arnab yang mempunyai ciri2 paling dekat dan mirip ciri2 yang dibentangkan di dalam panduan baka ataupun Breed Standards.

Saya berharap dengan menulis karangan yang panjang lebar ini dapat mendorong mereka yang demam panas supaya suhunya turun sedikit kalau tidak, suhu akan mencecah 100 darjah celsius pabila mengetahui sudah ditipu si penjual arnab yang semuanya Show Quality.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat kajian yang mendalam lagi, sila dapatkan senaskah buku ARBA Standard of Perfection di http://www.arba.net di bawah:

ARBA 2011 to 2015 Standard of Perfection

3 Comments

Filed under Bunny Business, Community Service, Rabbit Education